Kata Nama

Kata Nama Am

1. Perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.
2. Ditulis dengan huruf kecil dalam sesuatu ayat. 
3. Ia dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu abstrak dan konkrit

Kata Nama Am Abstrak

1. Contohnya: kemewahan, mimpi, kerajinan, permintaan, keamanan, kemerdekaan, kesayangan, kehendak, perjumpaan, hasrat dan lain-lain.

Kata Nama Am Konkrit

1. Contohnya:ayah, kakak, sepupu, tanah air, sungai, laut, kanak-kanak, kucing, singa, lembu, basikal, jambatan, kereta, klinik, telefon, pensel, buku, botol, baju dan lain-lain.

Contoh Ayat
a. Baju baharu ayah dibeli di sebuah kedai pakaian yang terkenal.
b. Saya dan ayah sedang meronda kawasan ladang tebu Pak Cik Lim Kit.
c. Hobi Abi ialah menternak ayam dan menjual telurnya.
d. Datuk memelihara beberapa ekor kambing dan lembu untuk mendapatkan susunya.
e. Negara Malaysia berhasrat untuk mencapai negara maju pada tahun 2020. 

Kata Nama Khas 

1. Merujuk khusus sesuatu nama yang merangkumi orang, haiwan, benda, bangsa, bahasa, perbadanan, undang-undang, pangkat dan sebagainya. 
2. Terbahagi kepada dua kategori, iaitu benda hidup dan bukan hidup.

Benda Hidup

1. Untuk manusia-Kai Cun, Lee Ee Kim, Atai anak Akun, Jamli bin Jaibon
2. Untuk bukan manusia-Sang Kambing, Sang Rusa, Sang Gagak, Si Tompong, Sang Gedebai

Benda Bukan Hidup

Menara Berkembar Pertronas, Universiti Malaya, Pusat Sains Negara, Johor Bahru, Adidas, Nike, Yamaha, Stabilo, Perodua Kancil, Perodua Myvi

Contoh ayat:
a. Adang Abin suka makan kuih gelang.
b. Sang Semut sangat rajin bekerja setiap hari.
c. Abang pernah menuntut di Universiti Malaysia Sabah.
d. Adik bongsu Aidil Peing dilahirkan pada bulan Fabruari tahun lepas. 
e. Ayah hendak membeli sebuah kereta baharu berjenama Toyota. 
f. Adik luka di kakinya kerana terjatuh dari basikalnya kelmarin. 


Praktis Pengukuhan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pak Abu pergi ke_______________kerana sakit kepala. 
A. bank      B. hospital    C. sekolah    D. balai polis

2. Abang menulis sebuah cerita rakyat menggunakan _______________ di dalam sehelai kertas putih.
A. pemadam    B. pembaris   C. gunting   D. pensel

3. Sebuah______________baharu akan dibina merentasi sungai itu. 
A. titi   B. tangga    C. jejambat    D. jambatan

4. Budak lelaki yang kacak itu menyikat ___________nya dengan menggunakan sikat.
A. leher    B. rambut    C. tangan   D. kaki

5. Sang Helang sedang mengejar seekor_______________ di sebatang pokok.
A. tupai    B. badak    C. ikan    D. kura-kura

6. Cikgu Azrul memandu_____________ke sekolah setiap pagi.
A. kereta   B. motosikal   C. perahu   D. basikal

7. _______________Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.
A. Lagu    B. Jata    C. Gambar   D. Bendera

8. Banyak artifak sejarah yang berharga disimpan di ________________.
A. Auditorium Negara   B. Muzium Negara   C. Tugu Negara   D. Zoo Negara

9. Aidil dan Azri bermain bola keranjang di____________________.
A. jalan raya   B. bilik mandi   C. padang   D. gelanggang

10. Para pengunjung itu menikmati makan tengah hari di _______________.
A. Restoran Ikan Bakar Zuu
B. Kedai Kasut Nike
C. Balai Polis Tuaran
D. Hospital Kota Belud



Comments

Popular posts from this blog

Kata Kerja Tunggal

Ayat Aktif dan Ayat Pasif