Kata Kerja Tunggal
Kata Kerja Tunggal
1. Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terdiri daripada kata dasar yang merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan.
2. Kata kerja merujuk kepada perbuatan seseorang yang melibat apa-apa juga aktiviti yang bersangkutan.
3. Contoh kata kerja tunggal : peluk, pegang, genggam, cium, sapu, minum, makan, nyanyi, sepak, bakar, bawa, tendang, ketawa, mandi, duduk, lari dan lain-lain.
4. Contoh ayat kata kerja tunggal
a. Ayah bawa tukul dan paku ke reban ayamnya.
a. Ayah bawa tukul dan paku ke reban ayamnya.
b. Ali tendang bola dengan kuatnya.
c. Abu duduk bersila ketika mendengar leteran ayahnya.
d. Emak masak ikan bakar untuk anak-anaknya kelmarin.
e. Ayah ketawa terbahak-bahak ketika menonton cerita lucu di televisyen.
f. Pak Cik Rambo mandi di bilik mandi menggunakan air panas.
g. Ah Seng nyanyi lagu Negaraku dengan tegak bersama kawan-kawannya.
Latihan.
Isikan tempat kosong dengan kata kerja tunggal berikut.
tolak tarik tepis jerat jolok jampi rebus
1. Ayah______________telur ayam di dalam sebuah kuali dengan air panas.
2. Bapa raju_______________rambutan menggunakan sebatang galah yang panjang.
3. Ali___________________rusa dengan sebuah sangkar yang dibinanya sendiri semalam.
4. Mak Cik Abby _________________kereta sorongnya sendiri ketika pulang ke rumah.
5. Pak Cik Lim Key ___________________ kerbau tuanya menuju ke kandangnya kerana hari sudah senja.
6. Encik Jay________________serangan penyamun yang cuba menyamunnya ketika hendak ke kedai sebentar tadi.
7. Dukun kampung itu_______________ke atas perempuan yang dipercayai disihir orang di Kampung Tombol.
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino 세종특별자치 출장마사지 & Hotel 공주 출장안마 is located in Murphy, North Carolina. The 익산 출장마사지 hotel has 2,748 spacious rooms ranging in size from 동두천 출장안마 640 square 전라북도 출장샵 feet