Posts

Showing posts from October, 2015

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1. Kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama, namun berbeza daripada segi bentuk struktur perkataannya. 2. Ayat aktif menekankan objek terhadapannya. 3. Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. 4. Ayat aktif sentiasa menggunakan kata kerja yang mempunyai awaln meN: Contohnya : (a) Emak Ali memancing ikan di sungai. (b) Kelab Bahasa Inggeris telah menaikkan bendera Malaysia itu. (c) Ketua murid menulis nama murid-murid yang lambat datang ke sekolah. 5. Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja: (I) tidak beradalan meN- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya: (a) Kerusi itu saya sepak. (b) Latihan Bahasa Melayu itu anda perlu siapkan. (c) Ikan itu perlu anda masak. (ii) berawalan di- dan diikuti oleh kata sendi nama oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: (a) Sampah itu dibakar oleh nenek. (b) Ikan itu dimasak oleh ibu. (c) Kereta itu dicuci oleh...

Kata Kerja Tunggal

Kata Kerja Tunggal 1. Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terdiri daripada kata dasar yang merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan. 2. Kata kerja merujuk kepada perbuatan seseorang yang melibat apa-apa juga aktiviti yang bersangkutan.  3. Contoh kata kerja tunggal : peluk, pegang, genggam, cium, sapu, minum, makan, nyanyi, sepak, bakar, bawa, tendang, ketawa, mandi, duduk, lari dan lain-lain.                                    4.  Contoh ayat kata kerja tunggal a. Ayah bawa tukul dan paku ke reban ayamnya. b. Ali tendang bola dengan kuatnya. c. Abu duduk bersila ketika mendengar leteran ayahnya. d. Emak masak ikan bakar untuk anak-anaknya kelmarin.  e. Ayah ketawa terbahak-bahak ketika menonton cerita lucu di televisyen. f. Pak Cik Rambo mandi di bilik mandi menggunakan air panas.  g. Ah Seng nyanyi lagu Negaraku d...

Kata Nama

Kata Nama Am 1. Perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. 2. Ditulis dengan huruf kecil dalam sesuatu ayat.  3. Ia dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu abstrak dan konkrit .  Kata Nama Am Abstrak 1. Contohnya: kemewahan, mimpi, kerajinan, permintaan, keamanan, kemerdekaan, kesayangan, kehendak, perjumpaan, hasrat dan lain-lain. Kata Nama Am Konkrit 1. Contohnya:ayah, kakak, sepupu, tanah air, sungai, laut, kanak-kanak, kucing, singa, lembu, basikal, jambatan, kereta, klinik, telefon, pensel, buku, botol, baju dan lain-lain. Contoh Ayat a. Baju baharu ayah dibeli di sebuah kedai pakaian yang terkenal. b. Saya dan ayah sedang meronda kawasan ladang tebu Pak Cik Lim Kit. c. Hobi Abi ialah menternak ayam dan menjual telurnya. d. Datuk memelihara beberapa ekor kambing dan lembu untuk mendapatkan susunya. e. Negara Malaysia ber hasrat untuk mencapai negara maju pada tahun 2020.  Kata Nama Khas  1. Merujuk khusu...